Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts
0

++Beads & Sequins++

Bila sebut pasal tempahan baju kurung untuk raya,kebanyakannya semua tailor dh "tutup kedai"..
Yela,lagi berapa bulan ja nak raya kan..Ermm,sebab tu la sekarang org banyak beli yang ready made sebab x yah terkejar2 nak tempah baju or nak beli kain ela untuk nak buat baju kan..
Me pun sama..suka beli yg ready made punya..Senang..Price pun lebih kurang sama ja kalau beli kain n tempah.
Pengalaman paling yang x dapat dilupakan ialah bila malam raya,me punya baju belom siap..Pendek kata memang xdak baju raya la..
Tapi nasib baik ada baju spare yang lain..huh!
Kalau rasa x boleh nak amik tempahan,cakap la awai2..Xyah tamak kan..So,sekarang beli yang ready made or cari tailor yang lain..hehe

Ha,cakap pasal baju kurung ni,sebenarnya me nak cerita pasal menjahit beads kat baju ni..
Sekarang ni kan baju2 kurung semua ada beads..So,me pun teringin n teruja nak belajar jahit beads kt baju..(hope  bukan hot2 taik ayam la kan).
.Kebanyakan org masuk kelas menjahit or kursus menjahit beads kan..Tp me  nk belajar sendiri drp kawan2 me yang pandai jgk dalam jahit menjahit beads ni..hehe..
Alaa,me nak belajar yang simple2 punya dulu..Macam jahit beads dekat ujung lengan baju kurung dulu..
Nnt kalau dah pandai,baru la me jahit di bahagian2 lain kat baju kurung tu..

Me ada follow blog http://izyanbutikspa.blogspot.com/ ...Sungguh teruja me tengok hasil2 drp Kak Izyan ni..Kreatif sungguh...
Ni diantara pic2 yg me copy drp blog beliau untuk di buat contoh :



Mula2 nak try kena la tengok contoh yang simple2 dulu kan..nanti dah lama2 baru buat yang "meriah2" punya..hehe..





Nanti bila dah teret skit,baru nak belajar buat kelopak2 bunga camni..Hehehe...

Pa2 pun me sungguh teruja bila tgk hasil2 jahitan beads kt blog Kak Izyan ni..sungguh kreatif n menarik..
Pa2 pun doakan me supaya tidak belajar secara hot2 taik ayam je k..hehehe...
3

++Fake Egg++

The Consumers Association of Penang (CAP) has warned consumers to be wary of the existence of fake eggs being sold in the market.

How to identify FAKE CHICKEN EGGS

After opening the egg, egg white and egg yolk will soon mix together.
1. Fake egg’s shell is a little shinier than the real egg, but it is not very noticeable.
2. When touch the fake egg by hand, it feels a little rougher than the real egg.
3. Shake the fake egg will make some noises, because water overflows from the solid agent.
4. Real egg smells a little like raw meat.
5. Tap the egg lightly. Real egg makes a more crisp sound than the fake egg.
6. Shortly after opening the fake egg, egg yolk and egg white will melt together. This is because the egg yolk and egg white are made of the same raw materials.
7. When frying a fake egg, the yolk will spread without being touched.



How to make FAKE CHICKEN EGGS.








 Message for all Muslims : 
Fake eggs may contain Gelatin, which is HARAM to Muslims!

++Cebion - Vitamin C++

Hahaha..entry kali ni saja je nak share ala2 tips kesihatan sikit.tentang amalan mengambil vitamin C..Dulu me slalu ambil vitamin C-250 21st Century Orange Flavor (100 tablets)..Tapi my abah yang slalu beli..Share 1 family..hehe..


Dan now,me dah tukar kepada Cebion Vitamin C Orange Flavor gak..(beli sendiri,bukan abah yang belikan dah)..hehe..


Kalau vitamin C 21st Century jenis suckle,tapi Cebion vitamin C ialah jenis soluble..Dalam 1 botol tu, ada 10 tablets.Price lak RM9.00..
Tapi if nak beli 1 kotak,ada 4 botol per box..So maybe price dia murah skit berbanding beli 1-1..
And ikut farmasi gak la..hehe..

Cebion vitamin C ni officemate me rekemen.Time tu me demam x kebah..
Then dia suggest suruh ambik vitamin C ni.Dia cakap time dia demam,batuk or selsema,dia makan vitamin C ni (selang2 dengan ubat doctor sama),demam,batuk or selsema dia cepat lega..
so,me pun try,ok la..memang ok la..
And start drp hari tu,me ambik vitamin C ni berterusan..
Hope after dis jarang la demam or selsema la kan..Insyaallah~~ 

P/s:Tadi tengok rancangan Nona Tv3,Awie Wings pun amalkan Cebion Vitamin C..hehe..
Tu yang teringan nak post entry ni..hehehe...




2

++Ayaq Teh++

Entry kali ni bukan nak ajar cara-cara nak buat ayaq teh tau..Tapi saja nak share n tunjuk the creative teabag..sangat cute..kalau kat Malaysia ni ada,me akan beli n simpan je..x nak guna..sayang sebab cute sangat..hehe








P/S: Teringat bakal pak mertua me cakap.Sebelum jadi menantu,kena test buat ayaq teh dulu..hehe

2

++Kursus Kawen++

Yeahh!!Semangat dah berkobar2 nak amik kursus kawen even nak nikah lambat lagi..hahaha..
Tapi xpe la kan..orang kata jangan buat keja last minit..kan..kan..
Adoyai!walaupun semangat berkobar2,tp still belum decide lagi kata mana nak p amik kursus ni..
Ni antara tempat2 kursus yang di suggest kan drp kawan2 n sedara2.

1. Masjid Negeri Pulau Pinang
2. Hassani - Komtar/Seberang Perai
3. USM
4. Kat atas market Bayan Baru (me xtau pa nama company kursus tu)

Tp me dah decide samada nk pegi yg kt USM or kat Masjid Negeri tu.
Kalau dipikirkan balik,memang la semua tempat kursus tu sama ja..tapi kadang2 cara penyampaian ceramah tu berbeza..Bergantung kepada penceramah/ustaz dan cara penyampaiannya.
Ada sesetengah penceramah/ustaz tu pandai menyampai or buat lawak tanpa buat orang bosan and ada yang sesetengah penceramah/ustaz berceramah dengan meleret2 serta membuat orang bosan and mengantuk.
Apa yang penting bagi me,me nak n harap apa yang disampaikan oleh penceramah/ustaz tu nanti,akan melekat dalam kepala otak me n insyaallah akan di praktik kan..heheh...Insyaallah..mudah2an semua berjalan dgn lancar..

P/s : Seronok memang seronok nak kawen.Tapi bila dengar cerita drp pengalaman org,takot pun ada gk..haihh!
2

++Tips Memilih Warna Pakaian Pengantin++

Pilihan Warna Pakaian Pengantin

Masalah yang paling ketara apabila ingin memilih baju pengantin ialah warna yang harus dipilih dan kemudian jenis kain yang sesuai. Pelbagai faktor harus diambil kira seperti saiz badan pengantin, warna kulit pengantin serta pasangan serta kos yang diperuntukkan.

Tambah memeningkan kepala jika seorang putih melepak dan seorang lagi gelap hitam manis. Bagi yang berkulit putih, apa sahaja warna sesuai dikenakan tetapi bagaimana pula dengan yang berkulit gelap?

Warna-warna hitam, biru malam, ungu gelap, hijau gelap, merah hati dan seumpamanya adalah warna mewah. Kemewahan himpunan warna gelap ini amat berkesan jika dipadankan dengan warna kulit yang cerah kerana ciri yang berlawanan yang ada. Ia menimbulkan kesan dramatik! Jika berkulit gelap yang mengenakannya, ianya kurang menyerlah malah akan menenggelamkan seri si pemakai. Biasanya jika tiada unsur berlawanan, kesannya kurang menonjol.

Pakaian pengantin yang berwarna terang pula bermakna warna-warna segar ceria sepertti putih susu, kuning air, ungu lembayung, oren cair, coklat cair dan seumpamanya. Jika yang berkulit gelap mengenakannya, ia akan menimbulkan kesan yang berlawanan yang menarik. Jikalau yang berkulit putih mengenakan warna-warna sebegini, ia akan menonjolkan gaya harmonis serta lembut.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pengantin tidak seharusnya memilih hanya bergantung kepada warna kulit sahaja. Saiz badan si pemakai juga amat penting kerana pilihan warna boleh menyebabkan si pemakai kelihatan lebih besar ataupun supaya kelihatan lebih kurus. Warna terang seperti kuning atau merah jambu akan menyebabkan yang berbadan besar kelihatan lebih besar manakala warna gelap boleh memberi ilusi yang lebih langsing.


3

++Kerja Oh! Kerja++


Dikesempatan yang ada ni,aku nk share ke"happy"an aku dgn semua org..(kalau x mo share pun xpa..lalala~)
Al-kisahnya,lebih kurang seabad lamanya aku mendiamkan diri di rumah dgn tidak berbuat apa2(pendek kata MENGANGGUR laa..huhu)..
Sekadar menambah n mengumpul lemak serta mengadap FACEBOOK & JOBSTREET sehari-hari...Bosan!Stress!Mental Problem! semua complete lah..hahaha..
Setelah sekian lama menjadi "batu" di rumah,finally rezeki datang bergolek-golek!
Aku dapat kerja!Yeeehhhaaaa!

1st : Syukur kehadrat Illahi dgn limpah kurniaNya..
2nd : Thanks a lot to my bff coz krna dia,aku di terima bekerja..
3rd : Thanks to my parent,my bf n all my fwens sbb mendoakan aku..

So far,dah 2 weeks aku mula bekerja..
Dengan position n gaji yg berpatutan,environment yg sgt best,sangat gumbira x terkata lah!huhu...
Insyaallah,aku xkan sia-sia kan peluang yg aku dpt ni n mencari rezeki dgn bersungguh2!hehehe..(ayat x boleh blah)..

P/S : Sehari break sampai 3 kali..wah!sangat suka!


0

++Cari Kerja kerr??++

Semalam(24 April 2010),kt Penang International Sports Arena,Penang ada Career & Postgraduate Expo..
Aku,Murni (bakal adik ipar)& Lin (my bff) pun pg "meramaikan" majlis..Daripada membuang masa tanpa faedah,aku pun dgn rajinnya menghadiri event tu..hehe..
Almaklumla,aku ni kan penganggur bertauliah..
Mana nak tau kan kot2 aku dpt rezeki terpijak kt situ..hehe..mudah-mudahan..amiin..
Sementara tu Lin n Murni visit booth Open University utk mendapatkan info tentang feather study..
Aku pun tringin gak nk sambung blajar tp nanti dulu la..
Kalau ada rezeki aku wat pengajian jarak jauh je..insyallah,,
sekarang ni nak focus pd kejaya dulu..cewah..Semangat!!hehe

Actually time kitorang nak pg expo ni,dengan berbesar hatinya my Achen menjadi "driver" kitorang..(Makaseh my Achen..Lebiu)..hehe..
Dia la yg jemput n antar kitorang balik..
Time ondaway nak antar Lin ke Jeti,(Nak pg jumpa kekasih hatinya),kecoh gila dalam keta..
My Achen yg suka ber pot..pet..pot..pet tu,adoihai..hehe..Sakit jiwa dibuatnya..haha.Lenguh pipi ni gelak punya pasal..
Pa2 pun memang bes gila..sbb x rancang pun dgn my Achen b4 ni..Tapi sedih gk sbb x sempat nak amek gambar ramai2..hehe..tp xpa..small matter..Lain kali pun boleh..


p/s:Murni terus demam pas balik dr sana..Cian dia..hehe




6

++My Addiction++


Tolong..Tolong..Tolong..Aku ketagihan..Tolong hantar aku ke pusat 'pemulihan'..hehehe..
No..no..no..Bukan addict to drug okey..tp ni addict to Tropicana Twister Juice...Espacially dia punya orange juice..juice yang lain x berapa sangat..hehe..
Tambah sekarang ni musim hujan n panas x menentu,kalau 'pekena'(bahasa utara) juice ni...urmmm..slurrpp!sungguh nikmat..huhu
Tropicana Twister ni memang rasanya lain sikit drp juice2 orange yang lain..
Yela,kdg2 yg lain tu ada rasa terlalu masam la,ada yg terlalu pahit la..
Tp yg ni sedap..juzt nice rasa dia..hehehe..
Price dia pun berpatutan..Pendek kata boleh beli byk botol la..heheh...
Seb baik kat rumah aku ni,kena share..kalau ikutkan aku,nak je a bottle per day..haha..(Rabak la kalau camtu)
Tp xpa,Orang kata tamak selalu rugi kan..(pe kene mengena lak ek..hehe)
Pa2 pun,aku nak gtau,sekali terkena pasti nak lagi..
Jadi cm ketagih..
X pecaya try r..(Company Tropicana Twister ni patut kena bg komisen sikit kt aku sebab promot produk ni..hehe)

p/s:Selain tu ada Tropicana Twister Watermelon,Tropicana Twister Strawberry,Tropicana Twister Apple..hehehe
0

++Sabar++

SABAR itu separuh daripada iman..
Betul la pa orang cakap..
Sabar tu mendidik jiwa supaya tidak terlalu mengikutkan perasaan dan tidak membuat keputusan tanpa berfikir panjang..

Pada pendapat aku,disebalik kejadian2 yg telah berlaku pada kita,pastinya ada hikmah disebalik kejadian tersebut..
Misal kata kita dianiaya or org take advantage kt kita,kita juz keep smile.
Sabar dan redha atas kejadian itu kerana tak lama lagi, kita akan mendapat pulangan yang berkali-kali..


Allah swt works in mysterious ways.
Satu hari, kita akan diuji dengan pelbagai ujian yang amat berat dan satu hari lagi boleh memberi ganjaran yang berlipat kali ganda.
Janji, kita kena sentiasa sabar & redha… pasti hikmahnya akan diberikan! For sure… guaranteed!

p/s: Tak kira apa sahaja yang terjadi kepada kita, bersabar sepenuh hati… dan redha sepenuh hati…
you must really feel it in your heart!
Back to Top